Sunday, January 24, 2010

RUAM PADA BAYI DAN KANAK-KANAK

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 1:53 AM




Kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat lembut dan sensitif. Kadang kala, bayi anda dijangkiti ruam pada badan atau ruam lampin. Antara punca berlakunya ruam ialah:

1. Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang.
Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.

2.Lampin kain yang di pakai terlalu lama atau tidak di tukar.

3.Alahan pada bahan pencuci samada sabun atau pelembut kain.


Bagaimana untuk merawat masalah ruam dan cara mencegahnya?

Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.

1. Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

2. Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.

3. Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim, anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama ).

4. Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.

5. Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.

6. Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

7. Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

8. Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.


Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat. Di sini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman apabila anak dijangkiti ruam pada badan dan ruam lampin. Sudah 3 orang doktor (termasuk doktor pakar) saya temui dan pelbagai jenis antibiotik dan krim sapu diberikan pada anak. Namun, ruamnya masih tidak hilang. Lantas, atas nasihat seorang rakan ibu saya, dia menasihatkan saya untuk mencuba bedak ALOE VERA keluaran syarikat De Bella, hasilnya sangat mengkagumkan, alhmadulillah, masalah ruam anak saya selesai dengan hanya menyapu bedak aloe vera ini (tak payah susah2 nak bagi anak makan antibiotic, lagi pun, bayi dan kanak2 tak elok makan banyak ubat). Jadi, kalau ada ibu2 yang menghadapi masalah ini dan ingin mencuba produk ini, boleh hubungi saya melalui email : miera_0903@yahoo.com


Jumpa lagi!

0 comments on "RUAM PADA BAYI DAN KANAK-KANAK"

Post a Comment

 

PermataBonda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal