Monday, August 5, 2013

BELAJAR MENYERTAI CONTEST :)

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 5:15 PM 0 comments
Assalamualaikum.....

Pada tahun 2013 ni, saya memberanikan diri untuk menyertai contest2 sama ada secara online atau offline...lama juga saya meneliti, membaca dan belajar cara untuk memenangi contest2 ni...apa2 pun, semuanya adalah rezeki dari Allah...yang penting, setiap hari, kita perlu 'MENJEMPUT REZEKI' sebagaimana yang saya baca dalam buku ini :



Peraduan pertama yang saya sertai ialah Peraduan buat aktiviti kraft bersama anak anjuran Dutch Lady, memang tak layak menang pun, hanya dapat baucer Giant RM10.00 untuk 20 penyertaan paling awal..yang seronok, anak saya, Muhammad Irfan sebab suratnya atas nama dia :)

Kedua, saya menyertai kuiz mingguna yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat, dan alhamdulillah, rezeki anak-anak, dapat hamper makanan dan cenderahati dari PPZ.



Ketiga, saya menyertai Peraduan Beli & SMS Susu Dutch Lady untuk anak-anak, alhadulillah, kali ni, hadiah lebih lumayan iaitu SAMBUNG GALAXY NOTE 10.1 :)


Keempat, peraduan CUCIAN SEBENAR P & G dan ECONSAVE, dapat saguhati sahaja iaitu Panasonic Hair Dryer. Alhamdulillah, sangat bermanfaat untuk saya :)



Kelima, peraduan BELI & SMS SUSU DUTCH LADY DI TESCO, Alhamdulillah, dapat baucer TESCO bernilai RM 100, dah selamat dibelanjakan untuk beli baju anak-anak sempena Raya 2013..


Ok, setakat ni sahaja yang saya sertai dan menang, ada juga peraduan yang saya sertai dan tak menang. Tapi kalau peraduan tu yakin tak menang atau hadiahnya lebih sesuai untuk orang lain, saya tak sertainya, mungkin rezeki orang lain kan...Semoga usaha dan kesungguhan kita semua diberkati Allah..amin :)


Wednesday, April 24, 2013

MINI PAPER SHREDDER RM55.00 TERMASUK POS

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 5:46 AM 1 comments
Salam...

Kali ni nak update Mini paper shredder ye..lebih kecil dari paper shredder yang sebelum ini..untuk kertas A4, anda boleh potong dua dahulu sebelum guna shredder ni,fungsinya sama macam paper shredder yang digunakan untuk quilling, saiz 3mm ye..





HARGA: RM 55.00 TERMASUK POS

Jika berminat, boleh whatsapp saya di talian 017-6059228

Friday, February 15, 2013

HOBI 2013 - PAPER QUILLING

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 1:48 AM 0 comments

Salam....

Lama sangat rasanya tak update blog ni...di tahun 2013 ni, ada 1 hobi baru iaitu PEPER QUILLING....terpersona sangat2 tengok hasil2 orang buat quilling ni, jadi, akhirnya,saya ambil keputusan nak jadikan ia sebagai hobi di tahun 2013 :)

First step, saya beli QUILLING STARTER PACK dari Kak Lin Lin Handmade, harga RM 23.00 + RM 7.00 pos, jadi RM 30.00 sahaja...ni baru je terima hari ni 15 Feb 2013 (Jumaat)...tak sabar rasanya nak mulakan projek :)




2. Saya beli Hand Shredder ni....wah sangat2 teruja dengan A4 HAND SHREDDER ni...




Kalau ada sape2 ingin dapatkan A4 HAND SHREDDER ni, bolehla hubungi saya ye...


HARGA : RM 67.00 termasuk pos Laju

Whatsapp 017-6059228





 

PermataBonda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal