Monday, August 5, 2013

BELAJAR MENYERTAI CONTEST :)

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 5:15 PM
Assalamualaikum.....

Pada tahun 2013 ni, saya memberanikan diri untuk menyertai contest2 sama ada secara online atau offline...lama juga saya meneliti, membaca dan belajar cara untuk memenangi contest2 ni...apa2 pun, semuanya adalah rezeki dari Allah...yang penting, setiap hari, kita perlu 'MENJEMPUT REZEKI' sebagaimana yang saya baca dalam buku ini :



Peraduan pertama yang saya sertai ialah Peraduan buat aktiviti kraft bersama anak anjuran Dutch Lady, memang tak layak menang pun, hanya dapat baucer Giant RM10.00 untuk 20 penyertaan paling awal..yang seronok, anak saya, Muhammad Irfan sebab suratnya atas nama dia :)

Kedua, saya menyertai kuiz mingguna yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat, dan alhamdulillah, rezeki anak-anak, dapat hamper makanan dan cenderahati dari PPZ.



Ketiga, saya menyertai Peraduan Beli & SMS Susu Dutch Lady untuk anak-anak, alhadulillah, kali ni, hadiah lebih lumayan iaitu SAMBUNG GALAXY NOTE 10.1 :)


Keempat, peraduan CUCIAN SEBENAR P & G dan ECONSAVE, dapat saguhati sahaja iaitu Panasonic Hair Dryer. Alhamdulillah, sangat bermanfaat untuk saya :)



Kelima, peraduan BELI & SMS SUSU DUTCH LADY DI TESCO, Alhamdulillah, dapat baucer TESCO bernilai RM 100, dah selamat dibelanjakan untuk beli baju anak-anak sempena Raya 2013..


Ok, setakat ni sahaja yang saya sertai dan menang, ada juga peraduan yang saya sertai dan tak menang. Tapi kalau peraduan tu yakin tak menang atau hadiahnya lebih sesuai untuk orang lain, saya tak sertainya, mungkin rezeki orang lain kan...Semoga usaha dan kesungguhan kita semua diberkati Allah..amin :)


0 comments on "BELAJAR MENYERTAI CONTEST :)"

Post a Comment

 

PermataBonda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal