1) Ambil asam jawa dan dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air (ramaskannya). Selepas itu, jelumkan ke seluruh kepala anak anda berkali-kali. Setelah kering, air asam jawa itu disapukan lagi.
2) Ramaskan daun bunga raya putih bersama air suam. Setelah keluar lendir daripada bunga tersebut, lumurkan di atas kepala anak anda.
Biasanya anak akan demam selepas kena cucuk imunisasi dan apabila tumbuh gigi. Ibu bapa bolehla bersedia dengan lebih awal. Saya hanya pernah mencuba petua yang pertama sahaja kerana asam jawa memang ada dalam peti sejuk :) Lain kali, bolehla cuba yang kedua pula..Boleh juga tampal 'COOL FEVER' kat dahi anak, InsyaAllah suhu panas badannya akan turun dengan segera.
Pengalaman menjaga anak demam yang baru berusia 4 hari di hospital, amatlah menyedihkan saya, tambah pula anak pertama, bersalin secara ceaser, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Menurut doktor kanak-kanak di Hospital Banting (tempat saya dan anak dimasukkan wad), adalah tidak baik bagi bayi yang baru lahir mengalami demam. Suhu 36.7 dah dikira demam bagi bayi. Sebagai rawatan, anak saya dimasukkan antibiotik. Rawatan antibiotik secara penuh mengambil masa selama 5 hari. Tak dapat saya bayangkan sakitnya apabila melihat tangan si kecil dimasukkan jarum dan hanya akan dikeluarkan selepas selesai rawatan. Memandangkan suhu anak saya ok, hari-hari saya minta nak balik rumah, akhirnya doktor benarkan saya pulang setelah selesai antibiotik dimasukkan pada hari ke 3 (sehari 2 kali masuk antibiotik). Nasihat saya pada bakal ibu, lepas baby lahir, jaga betul-betul, banyakkan doa mudah-mudahan anak sihat........
0 comments on "Anak Demam!"
Post a Comment