Thursday, February 5, 2009

Walker Tidak Merangsang Anak Cepat Berjalan

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 6:33 PM
Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi.

(sumber: Alan Greene MD FAAP, Baby Walkers, drgreene.org)

p/s: Menurut rakan saya yang menghadiri kursus penjagaan bayi di Taska, dalam satu ceramah yang disampaikan oleh doktor kanak-kanak, menurutnya bayi hanya boleh dimasukkan ke dalam walker selepas berusia 9 bulan untuk mengelakkan sebarang masalah pada otot-otot bayi tersebut.

1 comments on "Walker Tidak Merangsang Anak Cepat Berjalan"

Unknown on February 15, 2009 at 5:51 PM said...

salam. mira, maknanya memang tak yah letak baby kat walker langsung / bila baby dah 9 bulan boleh letak kat walker? kita tau tentang benda ni sebab anak jiran lama tak pakai walker

Post a Comment

 

PermataBonda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal