Cepat Gugurkan Tali Pusat
Banyak perkara yang harus dititikberatkan ke atas bayi yang baru lahir dan masih dalam tempoh berpantang. Antaranta tali pusat yang masih belun gugur. Untuk mempercepatkan tali pusatnya gugur, amalkan cara ini.
Selepas mandi, keringkan kawasan di sekeliling pusat dan tabur sedikit tepung ubi di kawasan berkenaan. InsyaAllah tali pusat akan cepat gugur. Dengan yang demikian, akan mudahlah anda menguruskan bayi yang masih kecil itu. Petua ini sudah saya amalkan kepada anak kesayangan saya, Aiman Syazwan Iskandar. Sememangnya berhasil!. Cubalah.
Dari:
Pn. Nurul Hafizah Md Ismail (Puchong)
----------------------------------------------------------------------
Pusat Bayi Tidak Tersembul
Biasanya sesetengah pusat bayi tersembul setelah tali pusatnya tanggal. Ini sedikit sebanyak akan menimbulkan 1001 kerunsingan kepada ibu bapa. Pasti ada yang tertanya-tanya adakah ia normal dan bagaimana cara untuk mengelakkan pusat bayi daripada tersembul.
Caranya, guna sehelai daun sireh dan layurkan di atas api. Selepas dilayur, gulung daun sireh dan pusing-pusingkan ke dalam pusat bayi mengikut arah pusingan jam. Sesekali tekan pusat bayi menggunakan ibu jari secara perlahan-lahan. Amalkan kaedah ini sepanjang anda berpantang. Dalam pada itu, jika bayi menangis terlalu lama, tekan ibu jari pada pusatbya agar ia tidak tersembul. Amalan ini diajar oleh nenek saya dan nampaknya memberikan hasil yang menakjubkab. Pusat anak saya tidak tersembul dan terbentuk cantik.
Dari:
Pn. Norhayati Zul (Cheras).
0 comments on "Pusat Bayi Yang Baru Lahir.."
Post a Comment