
Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli (perunding Pediatrik) pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan
peningkatan berat badan yang menggalakkan. Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi
kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines,
tidur lebih nyenyak,
jarang menangis dan
lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.
Pesanan saya, urutlah bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi dan lihatlah hasilnya!
0 comments on "Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya"
Post a Comment