Wednesday, February 11, 2009

15 Tips Anak Cemerlang

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 8:18 AM 0 comments



1. Anak kecil memang gemar bertanya itu dan ini. Ada kalanya tingkah lakunya ini boleh menyebabkan anda bosan dan rimas. Namun, usahlah memandangnya remeh. Sebaliknya, layanilah sifat ingin tahu anak kita itu secara ikhlas dan positif. Elakkan daripada mengelak atau berbohong.

2. Zaman kanak-kanak hanya sekali seumur hidup. Jadi berilah peluang anak kecil anda bermain sepuas-puasnya. Walaupun tampak membuang masa, tetapi anda harus ingat bahawa proses pembelajaran kanak-kanak khususnya pra sekolah berlangsung sewaktu mereka sedang bermain. Ketika itulah dia membina kreativiti dan imaginasinya.



3. Asah kemahiran mendengar yang baik di kalangan anak kita. Cara yang paling mudah ialah menjadikan diri anda sebagai contoh kepadanya iaitu dengan memberi tumpuan apabila dia berbicara.






4. Usah kedekut memberi pujian kepada anak kita apabila dia layak menerimanya. Pujian merupakan suatu bentuk penghargaan. Apabila dia menerima pujian daripada anda, dia akan berasa bahawa dirinya memperoleh perhatian anda.


5. Berilah galakan yang positif kepada anak dan elakkan daripada memaksanya. Walau bagaimanapun, galakan harus diberikan berdasarkan tahap kemampuan si kecil.


6. Berilah ruang yang cukup dan selamat untuk diterokai anak kecil anda. Pada masa yang sama, usah sekat peluangnya untuk menconteng, melukis, membina dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

7. Bantulah anak agar bersedia menerima kesilapan yang telah dilakukan. Tenangkanlah dia dan suruhlah dia belajar daripada kesilapan tersebut. Pada masa yang sama, beritahulah anak bahawa kesilapan itu boleh diperbaiki dan diatasi. Berilah galakan untuk dia terus mencuba.


8. Elakkan daripada menegah mahupun melarang anak kita daripada melakukan sesuatu perkara secara negatif. Ini boleh menyebabkan anak kita hilang kepercayaan terhadap kebolehan dirinya untuk mendayausahakan sesuatu aktiviti.

9. Usahlah berleter dan bersungut di hadapan anak apabila dia gagal melakukan sesuatu. Tindakan anda ini hanya akan menyebabkan dia tidak dapat menguasai daya inisiatif.

10. Elakkan daripada bersifat baran dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak-anak. Tindakan anda boleh menyebabkan dia gemar menyisihkan diri, murung dan tidak proaktif.

11. Usah amalkan budaya berkata ’ jangan ’ dan ’ tidak boleh ’ kepada anak. Ia kurang sesuai untuk dipraktikkan sekaligus tidak membantu perkembangan positif dalam diri anak. Sebaik-baiknya tukar bentuk arahan negatif kepada lebih positif iaitu dengan cara memberitahunya apa yang patut dia lakukan.

12. Tanam dan cambahkan perasaan ’ saya boleh ’ dalam diri anak. Ini mampu menjadi pemangkin untuk dia mencuba perkara baru sekaligus menghadapi pelbagai keadaan hidup dengan penuh yakin.

13. Kaji terlebih dahulu sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh anak. Ada kalanya mengubah persekitaran mampu menyelesaikan kekecewaan anak. Cubalah fikirkan bagaimana anda boleh menbantu dia melakukan sesuatu.


14. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi mempamerkan kasih sayang kepada anak. Namun, bukan semua cara anda mampu difahaminya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menunjukkan kasih sayang anda dengan cara yang lebih langsung dan bukan melalui kebendaan.


15. Kanak-kanak pra sekolah tidak mahir dalam membuat keputusan sendiri. Jadi dia akan lebih cenderung untuk memilih berdasarkan naluri ataupun kemahuan yang mungkin bertentangan dengan kehendak anda. Oleh itu, corakkanlah dengan baik dan berhikmah agar supaya anak kita dapat memahami dengan sepenuhnya.

Monday, February 9, 2009

10 Cara Rangsang Anak Bijak

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 7:36 PM 0 comments
Semua ibu bapa mengimpikan anak yang bijak. Sebenarnya tips berikut memang anda lakukan setiap hari. Namun, mungkin anda tidak memikirkan bahawa ia dapat merangsang minda anak secara positif.





1. Bertentangan Mata


Setiap saat anda melakukan aktiviti ini. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah mama dan papa dia awal usia dan wajah anda berdualah yang paling dikenalinya.Setiap kali kecil merenung anda, dia sebenarnya sedang membina memori dalam minda. Selain itu, bercakap sambil merenung matanya membuatkan anak tahu fungsi mata sebenarnya untuk melihat.



2. Bercakap-cakap Dengan Bayi Anda


Kali pertama anda akan menyaksikan wajah hairan dan keliru si kecil. Namun, jangan berhenti, teruskan berbual-bual dengannya walaupun kelihatan dia tidak memahami. Cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.



3. Susukan Bayi Dengan Susu Badan


Susu ibu adalah makanan awal terbaik untuk bayi anda. Lakukan selama mana yang anda boleh. Anak-anak yang menerima susu ibu sepenuhnya mempunyai tahap IQ lebih tinggi berbanding anak yang langsung tidak menyusu susu ibu apabila mereka mula bersekolah kelak. Menyusu badan juga dapat merapatkan hubungan dengan bayi. Selain itu, aktiviti menyusu boleh diselang dengan menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.



4. Jelirkan lidah


Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir seawal 2 hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah. Perbuatan seperti menjelirkan lidah dapat membuatkan deria mereka terangsang dengan baik. Ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.



5. Geleteklah Bayi Anda


Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa merupakan langkah pertama dalam perkembangan umur bayi. Permaian seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaiman hendak menjangka apa yang bakal terjadi.



6. Nyayikan Lagu Untuknya


Belajar sebanyak mungkin lagu yang sesuai untuk kanak-kanak atau rekalah lagu anda sendiri. Misalnya aktiviti rutin yang anda lakukan seperti menukar lampin, mandi, makan boleh diselang-seli dengan lagu yang berkaitan agar si kecil lebih bersemangat dan gembira. Ada kajian yang mendapati dengan mempelajari bunyi muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.



7. Gunakan Masa Dengan Baik


Waktu menukar lampin merupakan saat terbaik untuk mengajar pelbagai pelajaran pada si kecil. Gunakan waktu ini untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi mengenai rutin yang akan dilakukan setiap hari.




8. Sentuh dan Rasa


Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti sutera, kain tuala dan kain kapas. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita mengenai rasa setiap fabrik itu dan kegunaannya. Aktiviti ini dapat merangsang minda bayi anda.



9. Beri Kejutan


Kadangkala perbuatan mengejutkan dapat membuatkan bayi anda tertawa. Gembirakan bayi dengan perbuatan seperti meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan.



10. Pergi Membeli-belah


Aktiviti bersiar-siar di pusat membeli belah juga boleh membantu bayi anda mengeksplorasi dunianya. Pendedahan kepada pelbagai wajah, bunyi dan warna yang ada di sana dapat menghiburkan bayi.



Selamat mencuba dan lihatlah hasilnya! :-)

Friday, February 6, 2009

Pusat Bayi Yang Baru Lahir..

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 12:29 AM 0 comments

Cepat Gugurkan Tali Pusat

Banyak perkara yang harus dititikberatkan ke atas bayi yang baru lahir dan masih dalam tempoh berpantang. Antaranta tali pusat yang masih belun gugur. Untuk mempercepatkan tali pusatnya gugur, amalkan cara ini.


Selepas mandi, keringkan kawasan di sekeliling pusat dan tabur sedikit tepung ubi di kawasan berkenaan. InsyaAllah tali pusat akan cepat gugur. Dengan yang demikian, akan mudahlah anda menguruskan bayi yang masih kecil itu. Petua ini sudah saya amalkan kepada anak kesayangan saya, Aiman Syazwan Iskandar. Sememangnya berhasil!. Cubalah.


Dari:

Pn. Nurul Hafizah Md Ismail (Puchong)


----------------------------------------------------------------------


Pusat Bayi Tidak Tersembul

Biasanya sesetengah pusat bayi tersembul setelah tali pusatnya tanggal. Ini sedikit sebanyak akan menimbulkan 1001 kerunsingan kepada ibu bapa. Pasti ada yang tertanya-tanya adakah ia normal dan bagaimana cara untuk mengelakkan pusat bayi daripada tersembul.


Caranya, guna sehelai daun sireh dan layurkan di atas api. Selepas dilayur, gulung daun sireh dan pusing-pusingkan ke dalam pusat bayi mengikut arah pusingan jam. Sesekali tekan pusat bayi menggunakan ibu jari secara perlahan-lahan. Amalkan kaedah ini sepanjang anda berpantang. Dalam pada itu, jika bayi menangis terlalu lama, tekan ibu jari pada pusatbya agar ia tidak tersembul. Amalan ini diajar oleh nenek saya dan nampaknya memberikan hasil yang menakjubkab. Pusat anak saya tidak tersembul dan terbentuk cantik.


Dari:

Pn. Norhayati Zul (Cheras).


Thursday, February 5, 2009

Anak Demam!

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 11:36 PM 0 comments
Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang sihat dan cergas. Namun, kadangkala anak akan mengalami demam. Jika anak anda demam, anda sebagai ibu atau bapa pastinya tidak dapat tidur lena. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua ini:

1) Ambil asam jawa dan dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air (ramaskannya). Selepas itu, jelumkan ke seluruh kepala anak anda berkali-kali. Setelah kering, air asam jawa itu disapukan lagi.

2) Ramaskan daun bunga raya putih bersama air suam. Setelah keluar lendir daripada bunga tersebut, lumurkan di atas kepala anak anda.


Biasanya anak akan demam selepas kena cucuk imunisasi dan apabila tumbuh gigi. Ibu bapa bolehla bersedia dengan lebih awal. Saya hanya pernah mencuba petua yang pertama sahaja kerana asam jawa memang ada dalam peti sejuk :) Lain kali, bolehla cuba yang kedua pula..Boleh juga tampal 'COOL FEVER' kat dahi anak, InsyaAllah suhu panas badannya akan turun dengan segera.

Pengalaman menjaga anak demam yang baru berusia 4 hari di hospital, amatlah menyedihkan saya, tambah pula anak pertama, bersalin secara ceaser, hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu. Menurut doktor kanak-kanak di Hospital Banting (tempat saya dan anak dimasukkan wad), adalah tidak baik bagi bayi yang baru lahir mengalami demam. Suhu 36.7 dah dikira demam bagi bayi. Sebagai rawatan, anak saya dimasukkan antibiotik. Rawatan antibiotik secara penuh mengambil masa selama 5 hari. Tak dapat saya bayangkan sakitnya apabila melihat tangan si kecil dimasukkan jarum dan hanya akan dikeluarkan selepas selesai rawatan. Memandangkan suhu anak saya ok, hari-hari saya minta nak balik rumah, akhirnya doktor benarkan saya pulang setelah selesai antibiotik dimasukkan pada hari ke 3 (sehari 2 kali masuk antibiotik). Nasihat saya pada bakal ibu, lepas baby lahir, jaga betul-betul, banyakkan doa mudah-mudahan anak sihat........


Urutan Menambahkan Berat Badan Bayi, Melenakan Tidurnya

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 6:57 PM 0 comments
Urutan didapati merangsang urat saraf dan mengeluarkan hormon gastrin yang melancarkan penghadaman. Justeru, bayi berkeupayaan memanfaatkan semua zat pemakanan dengan lebih baik. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Zulkifli (perunding Pediatrik) pada 2001, 31 bayi yang diurut menunjukkan peningkatan berat badan yang menggalakkan. Bayi yang diurut didapati meningkat dari segi kepekaan, kurang tekanan akibat penurunan hormon kortisol dan katecholamines, tidur lebih nyenyak, jarang menangis dan lebih mudah bersosial. Mereka juga berkembang lebih cepat, sihat dengan peningkatan berat badan yang lebih baik.

Pesanan saya, urutlah bayi anda selepas dia mandi. Gunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun atau losyen bayi dan lihatlah hasilnya!

Walker Tidak Merangsang Anak Cepat Berjalan

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 6:33 PM 1 comments
Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi.

(sumber: Alan Greene MD FAAP, Baby Walkers, drgreene.org)

p/s: Menurut rakan saya yang menghadiri kursus penjagaan bayi di Taska, dalam satu ceramah yang disampaikan oleh doktor kanak-kanak, menurutnya bayi hanya boleh dimasukkan ke dalam walker selepas berusia 9 bulan untuk mengelakkan sebarang masalah pada otot-otot bayi tersebut.

Monday, February 2, 2009

Bagaimana Mengetahui Bayi Anda Sudah Bersedia Untuk Makan

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 7:20 PM 0 comments
Apabila bayi anda telah berusia 6 bulan anda boleh menguji kesediaannya menerima makanan baru dengan cara:
  • Bayi anda boleh menegakkan kepala apabila didudukan.


  • Menolak lidahnya ke atas dan ke luar apabila diletakkan makanan ke dalam mulutnya.


  • Anda boleh menguji dengan meletakan sedikit makanan pada hujung lidahnnya, jika bibirnya ditutup atau bayi menolak ,ini bermakna bayi anda belum bersedia.


  • Bayi anda mungkin meleleh air liur, membuka mulut apabila melihat anda makan.


  • Bayi anda menangis dengan lebih kerap antara waktu makan, ini menunjukkan pemberian susu tidak lagi mencukupi bagi bayi anda!

P/s: Bayi boleh mula diberi makanan apabila memcecah usia 6 bulan ke atas. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah pada usus bayi (sistem penghadaman).

Susu Ibu Cair Bukan Tak Berkhasiat

Posted by PN. NUR AMIRAH BINTI MOHD RASHID at 6:02 PM 0 comments
Kajian menunjukkan bahawa kandungan lemak dan tenaga dalam susu ibu sebenarnya meningkat selepas bayi berumur setahun. Susu ibu disesuaikan dengan perkembangan anak-anak, membekalkan jumlah khasiat secukupnya pada masa yang diperlukan. Malah, kajian juga menunjukkan antara umur 12 hingga 24 bulan, 448 milimeter susu ibu membekalkan peratusan berikut untuk keperluan harian minima anak anda:

1. Tenaga 29%,

2. Folate 76%,

3. Protin 43%,

4.Vitamin B12 94%,

5. Kalsium 36%,

6. Vitamin C 60%,

7. Vitamin A 75%

Terjemahan bebas, Breastfeeding, wikipedia.com

p/s: Ibu-ibu, jangan risau kalau susu kadang2 cair,ia tetap berkhasiat utk anak kita :)

 

PermataBonda Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal